Teknik Bijaksana Forex

Peringkat broker opsi biner:

Dalam Forex trading tak ada topik lain yang lebih hangat dari teknik Forex. Tak kira online atau offline, trader baru atau lama… soalan tentang strategi trading ini tak akan pernah lekang dari pertanyaan.

Tapi sebelum itu…

Sekiranya anda mencari teknik holy grail, tanpa loss, 100% tepat, atau seumpamanya, saya tak pasti benda macam tu ada di sini atau tak. :)

Ramai beranggapan teknik Forex adalah faktor terbesar untuk berjaya (profitable) dalam trading.

Mungkin ada betulnya,

Sebabnya jika trading pure dengan money management atau disiplin sahaja memang susah untuk berjaya.

Peringkat broker opsi biner:

Tetap akan rugi dalam jangka masa panjang kerana secara asalnya edge lebih memihak kepada broker atas faktor spread, slippage…etc.

Saya tak pasti anda bagaimana, tapi itulah pengalaman saya sendiri setelah mencuba bermacam-macam cara untuk konsisten dalam trading.

Mengapa perlukan teknik untuk berjaya?

Ia adalah untuk meningkatkan kebarangkalian supaya lebih memihak kepada kita (edge). Macam yang saya kata sebelum ini; asalnya forex adalah 50/50 (jika tak ambil kira spread/slippage).

Oleh kerana saya ada masa free sekarang, maka saya tulis semula strategi yang pernah saya gunakan sepanjang berForex selama ini. Saya pun dah hampir lupa, terlalu banyak dah saya cuba.

Kebanyakannya lebih kepada analisis teknikal, manakala hanya sebahagian kecil untuk analisa fundamental. Ada untuk scalping, ada juga hanya sesuai untuk swing.

Saya harap anda sudah ada asas yang kuat. Jika tak, mungkin agak susah nak faham perkara yang saya tulis dalam page ini. Jika belum boleh belajar dan mula di sini.

Senarai teknik Forex yang saya senaraikan di sini BUKAN saya yang buat. Tetapi hasil perkongsian trader lain di forum (kebanyakannya dari forexfactory.com), blog dan website popular.

Jadi, kredit sepatutnya untuk mereka.

Saya ucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka yang tidak jemu-jemu berkongsi ilmu. Salute…

Pada pendapat saya, tak perlu buang masa buat sendiri dari zero (from scratch), lebih baik belajar dan improve (atau modify, gabung, mtf…etc) dari orang yang pernah menggunakannya. Disamping itu boleh juga tengok apa kata trader sebenar yang telah mencubanya.

Semoga ia dapat memberi inspirasi sebagai permulaan untuk membuat teknik trading sendiri mengikut kesukaan anda.

    Terlampau kompleks Berserabut dengan indicator Teori pelik yang tak masuk akal – contoh: Ramalan guna bulan bintang planet, guna alamat mimpi, guna bomoh, guna sotong ajaib…etc. (maaf, tiada niat untuk menyinggung mana-mana kepercayaan – sekiranya ada)

Harap anda dapat gunakan kreativiti masing-masing dengan bijak untuk mengolah teknik yang ada supaya sesuai dengan cara anda. Jangan bergantung 100% dengan apa yang diberikan. Setiap teknik ada kelemahannya. Cuba kenal pasti dan perbaiki supaya menjadi lebih berkesan dan menguntungkan.

Kebanyakannya adalah strategi evergreen yang digunakan majoriti trader online dari dulu lagi. Sekiranya anda mula trading dari 2006-2007 mesti dah biasa dengar nama-nama teknik tersebut.

Untuk makluman anda, ada thread yang sudah tiada update untuk sekian lama. Tapi kandungannya masih boleh digunakan sehingga sekarang – relevan.

Penafian: Awas! ada di antaranya sangat berisiko. Saya tuliskan di sini hanya sekadar berkongsi info tentang bermacam cara bagaimana membuat keuntungan dalam Forex.

Risiko atas trader sendiri.

Price Action

PA lebih dikenali sebagai teknik forex Naked (bogel) atau Tanpa Indikator. “Simple but deadly” kata mat salleh. Kadang-kala dikenali sebagai KISS (keep it simple stupid).

Support Resistance (S n R)

SnR tak perlu diperkenalkan lagi, memang dah jadi asas dalam trading. Kalau tak ada SnR tak tahulah macam mana nak trade.

Supply Demand (S n D)

Konsep yang agak berbeza sedikit daripada SnR. SnD diperkenalkan oleh Sam Seiden, kemudiannya dipopularkan oleh redsword11 di FF dalam thread Price is Everything (PIE).

Beberapa tahun lepas tu semakin banyak kemunculan variasi baru teknik ini hasil gabungan dengan beberapa teknik lain. Istilah baru pun semakin banyak digunakan sampai saya sendiri dah tak ter”follow”. Saya hanya gunakan yang basic sampai sekarang.

Trendline/Channel

Antara favorite trading tool sehingga sekarang walaupun ia agak old school.

  • Trading with Deadly Accuracy – wmd
  • Trend Trading All Pairs – NightMoves
  • Level Trading – Don Desperado (Link download pdf – Maaf link asal forum/thread (alpari ru) dah lenyap. Hanya tinggal ebook yang forumer share di forex-tsd.com)
  • Andrews Pitchfork (Median Line) – justcatalin

Candlestick

Walaupun Candlestick ialah sejenis indicator, tapi rasanya lebih sesuai jika diletakkan di sini (price action).

Anda juga boleh belajar pattern CS dalam link SnR & SnD di atas. Ada kalangan trader menggunakan nama berlainan, tetapi masih merujuk kepada pattern yang sama. Jangan keliru ok, malah kalau anda nak namakan ikut suka sendiri pun tiada masalah.

Untuk mudah faham asas candlestick, saya sarankan anda tengok video oleh Lance Beggs – Complete Candlestick Charting Patterns Video Series

Divergence

Divergence ni memang best kalau digabungkan bersama dengan SnR atau SnD. Gunakan kreativiti dan kebijaksanaan masing-masing.

Chart Pattern

Bagi saya ada pattern tertentu yang perlu diambil perhatian (penting). Contohnya pattern Falling/Rising Wedge.

Volume / Order Flow / DOM

Yang ini lebih kepada pemahaman bagaimana cara market (pro) bekerja. Satu penambahan yang sangat baik untuk trading.

Order Flow Trading / Depth Of Market (DOM)

Dulu bukan main susah lagi nak cari info tentang benda ni. Tapi sekarang info tentang OF & DOM banyak bertebaran di internet.

VSA (Volume Spread Analysis)

Jesse Livermore, Richard Wyckoff, Tom Williams… nama-nama besar dalam dunia trading dan sentiasa menjadi sebutan dalam VSA.

Spread monitoring

Ya, ada hidden info di sebalik spread yang turun naik tu. Bukan fixed spread ya, tapi floating spread.

Saya masih ingat lagi post ini (by Scotty B) yang membuka mata saya pertama kali tentang spread walaupun tak banyak info lagi masa tu.

Box (Kotak) / Breakout

Kotak ini asasnya SnR juga. Sesuai untuk capture movement selepas ranging (market yoyo).

  • Flag trading the trend – Divergence
  • A Little Breakout Here and There – HarryPlopper
  • 4H Box Breakout – Ace284
  • 7am-9am Big Dog USD Breakout Strategy – dznmrd
  • A Simple London Breakout v1 | v2 – mer071898

Matematik

*Harap anda faham dengan risiko sesetengah strategi ini, terutamanya Martingale a.k.a teknik kamikaze.

Money Management (MM) / Risk Reward / Edge

Tak tahu nak letak bawah kategori apa. Yang ini lebih kepada asas dalam trading. Info yang sangat bagus.

Arbitrage/Synthetic Hedging

Semua yang berkaitan dengan tajuk di atas.

Martingale/Hedging/Grid

Teknik gandaan paling bahaya (martingale) – PASTI untung atau PASTI rugi. Tapi lebih kepada pasti rugi, cepat atau lambat jer. Haha

Masih ramai yang suka bermain dengan cara ini. Risiko masing-masing kan…

Ada bermacam variasi tapi konsep tetap sama.

Averaging/Layer/Scaling in

Ada masanya perlu juga guna averaging sekiranya anda betul yakin dengan analisis. Rakan Forex di Malaysia gelar cara ini sebagai pukat, layer, kek lapis atau tambah lauk. Hehe

Compounding

Sekiranya anda seorang ultimate trader a.k.a sharp shooter (perfect entry) dalam trading, compounding adalah cara paling cepat untuk menggandakan keuntungan.

Korelasi

Setiap currency saling berkaitan antara satu sama lain. Lebih-lebih lagi jika ekonomi yang dijalankan adalah hampir sama.

Berikut adalah teknik untuk memanfaatkan korelasi dalam trading.

Intermarket Analysis / Basket Trading

Nak kaut beribu pip? atau pening nak pilih pair mana? Teknik kuda/currency strength inilah jalannya. Trade semua pair dalam satu masa.

Sekiranya anda suka tengok pelbagai gadget (indicator) lip-lap di skrin anda boleh teknik ini.

Positive Correlation

Cara ini mungkin dah tak berapa relevan kerana keadaan ekonomi yang tidak menentu antara negara major currency pada zaman sekarang. Bolehlah kalau nak belajar konsepnya. “Teknik overlay” kata orang kita.

Fibonacci

  • Fibonacci Trading – Babypips.com
  • The Mystery of Fibonacci – fising

Teori

Ada pelbagai teori dalam Forex (termasuk instrument lain). Antaranya:

  • Dow Theory – Wikipedia
  • Elliot Wave Theory – Investopedia
  • Profitunity (Chaos) Trading System by Bill Williams – isto | download pdf
  • Auction Market Theory and Market Profile – frankkn
  • Spuds Stochastic Thread Theory – Spudfyre

Indicator Based

Teknik indicator based inilah paling banyak dikongsikan dalam internet. Tetapi saya hanya masukkan yang penting sahaja.

  • Trading Made Simple – eelfranz
  • More simple is impossible – Jaquemate
  • Swing trading with heiken ashi and stochs – Hugh Briss
  • Genesis Matrix Trading – realjumper | continuation by demoreal
  • Simple 5 / 8 moving average crossover – peterM
  • Linuxtroll Simple Scalping – linuxtroll | summary pdf/doc by italianfx | template tpl: ###wmatroll.tpl by metto | rainbow.tpl by Pip Ventures
  • BBMA – Oma Ally
  • TEB sytstem – TEB63

…dan banyak lagi. Selebihnya cuba search sendiri ya.

FA/News/Economic

Macam biasa, part ini paling kurang info. Biasalah kita ini lebih suka tengok graf turun naik berbanding membaca berita ekonomi. Tapi FA rasanya lebih mudah jika sudah faham asas. Cuma perlu alert dan follow berita semasa/terkini.

Ada juga antaranya perlu menggunakan broker yang betul-betul pantas dan kurang slippage.

  • Piponomics blog – Babypips.com
  • Jarrat Davis blog
  • Trading the news – dbutton1990
  • Follow the Smart Money / COT Analysis – Dunstant
  • Central Banks & Big Players – Tony112 (yang ini macam teknikal – taruk je lah kat sini)

Kesimpulan

Saya harap page ini dapat menjadi batu loncatan dan menjimatkan masa anda untuk mencari teknik yang sesuai.

Jika anda rajin mencari online, ada beribu teknik free yang boleh dicuba. Ada juga yang berbayar. Mohon berhati-hati jangan sampai kena tipu terbeli teknik rahsia cap ayam. Haha

Cuba buat SATU teknik forex atau strategi yang paling sesuai dengan diri anda dan gunakan sampai anda master betul-betul teknik tersebut.

Jangan jadikan amalan bertukar-tukar teknik satu tabiat. Buruk akibatnya. Anda akan berpusing-pusing dalam cycle yang sama suatu hari nanti.

Jika anda ada perkara ingin ditambah atau ada jumpa kesilapan, jangan segan untuk bagitahu saya.

bijakforex

Sunday, March 18, 2007

Perjalanan anda bermula disini…

Hidup senang dan selesa tanpa dibelenggu hutang piutang serta masalah kewangan menjadi impian setiap manusia..

Tekanan kos sara hidup yang semakin meningkat dan harga barangan harian yang semakin mahal memerlukan sumber kewangan baru yang perlu dijanakan.

Foreign Exchange (FOREX) merupakan peluang perlaburan yang sangat besar dan berjumlah US 1.3 trillon di seluruh dunia. Ramai yang masih belum sedar tentang peluang perlaburan yang sangat menguntungkan ini. Kemudahan teknologi internet dan maklumat membuka ruang kepada anda memasuki pasaran forex secara online dan bersama-sama dengan jutaan pelabur diseluruh dunia.

PERHATIAN…
Forex bukan Skim Cepat Kaya. Bukan Multilevel Markerting (MLM). Bukan Skim Pyramid

Forex.mendidik kita memulakan perlaburan dengan bijak, kesabaran yang jitu, disiplin yang tinggi dan strategi yang berkesan.

RISIKO..
Semua pelaburan mempunyai risiko. Risiko perlu diuruskan dengan bijak. Untung rugi forex dalam nisbah 50:50. Namun, jika anda tekun dan berdisiplin mengaplikasikan tips dan panduan forex yang betul, nisbah untung rugi 80:20 sesuatu yang pasti.

MODAL
Anda mempunyai masalah dengan modal? Jangan bimbang! Anda akan diberikan secara percuma USD 5 untuk memulakan pelaburan forex. Anda boleh menjalankan urusniaga dengan hanya 1 USD menggunakan platform MARKETIVA.

MARKETIVA (klik di sini)
Terdapat beratus-ratus broker forex yang menjalankan urusniaga secara online diseluruh dunia. Kami memilih Marketiva sebagai broker yang boleh dipercayai dan telah bertahan selama 5 tahun. Klik Marketiva (untuk maklumat lanjut)
Urusniga secara internet memerlukan matawang transaksi yang seragam dan mudah. E-gold digunakan dalam transaksi urusniaga Marketiva.

e-gold ( klik di sini )

Apakah e-gold ? Setelah mendaftar di Marketiva, anda harus mempunyai account E-Gold. E-Gold adalah ibarat seperti account bank di internet (ataupun disebut e-currency) di mana ianya berfungsi untuk memudahkan proses transaksi kita di internet .E-gold menggunakan mata wang berupa emas, jadi nilaianya juga menggunakan nilaian emas dan boleh ditukarkan kepada US Dollar ataupun ke mata wang lainnya mengikut nilaian emas tersebut

PENTING!!


Asas Forex (klik di sini)
Sebelum anda memulakan urusniaga forex, anda hendaklah mendalami pengetahuan Asas Forex. Ia meliputi pengenalan kepada proses ‘buy/long’, ‘sell/short’, ‘candlestick (cs)’ , graf/carta forex dan pelbagai lagi.

Tips Forex (klik di sini)
Kami juga menyediakan Tips Forex iaitu strategi untuk mengaut keuntungan dalam urusniaga forex yang mengunakan indicator (penanda tunjuk) dan teknik-teknik untuk menjana keuntungan.

DICIPLINE IN FOREX – Van Tharp

60% Psikologi
30% Pengurusan Kewangan
10% Sistem yang digunakan

Peringkat broker opsi biner:
Penghasilan di Internet
Tinggalkan Balasan

;-) :| :x :twisted: :smile: :shock: :sad: :roll: :razz: :oops: :o :mrgreen: :lol: :idea: :grin: :evil: :cry: :cool: :arrow: :???: :?: :!: