Olymp Trade Robot 2020 Robot Forex dalam talian

Peringkat broker opsi biner:

Ciri-ciri Olymp Trade MT4

Beberapa Sebab untuk Belajar tentang MetaTrader 4

Walaupun anda boleh menikmati kehebatan dagangan pada platform dagangan Olymp Trade, MetaTrader 4 juga layak mendapat perhatian anda. Mengapa?

MetaTrader 4 (MT4) mempunyai banyak kelebihan. Terminal ini telah muncul dalam pasaran lebih 10 tahun lalu tetapi mula diberikan perhatian oleh pedagang Forex saban tahun. Dalam artikel ini, kami akan beritahu anda tentang sebab-sebab utama anda patut cuba alat ini.

Aset baharu

Olymp Trade MT4 mempunyai pasangan mata wang, indeks dan logam baharu. Sebagai contoh, anda boleh menjana pada turun naik yuan China atau melabur dalam indeks stok Sepanyol.

Jumlah bilangan aset yang tersedia untuk dagangan ialah 67. Apabila berdagang pasangan mata wang, anda boleh gunakan leveraj terbesar 1:400. Leveraj 1:50 boleh digunakan apabila bekerja dengan logam, dan salah satu 1:30—untuk berdagang indeks dan komoditi .

Untuk melihat seluruh senarai instrumen dagangan, log masuk ke terminal dan tekan kekunci pantas Crtl+U.

Set Penunjuk yang Berkembang

Sebaik sahaja MT4 mempunyai bahasa pengaturcaraan sumber terbuka milik sendiri, beribu-ribu pedagang telah terlibat dalam pembangunan penunjuk. Hasilnya, terdapat jumlah penunjuk unik yang banyak, yang pedagang boleh akses menggunakan terminal.

Peringkat broker opsi biner:

Kebanyakan pembangunan ini berada dalam domain awam. Ia boleh dimuat turun ke dalam folder dalaman terminal dan boleh mula digunakan selepas MT4 dibut semula. Semua alatan baharu berada dalam bahagian “Tersuai”.

Harap maklum: sambungan fail penunjuk ialah .ex4 atau mql4. Jangan guna format lain bagi mengelak membahayakan akaun dagangan atau komputer anda.

Carta-carta

Apabila anda bekerja dengan MT4, anda boleh menggunakan pelbagai carta pada masa yang sama. Nombor mereka cuma terhad bergantung pada ciri-ciri teknikal komputer anda. Tambahan pula, beberapa pilihan seperti jenis carta, skema warna dan banyak lagi—boleh ditetapkan secara berasingan pada setiap tetingkap .

Pedagang menyimpan versi lengkap tetapan sebagai templat dan digunakan kemudian.

Jenis-jenis Pesanan

Terdapat 5 pesanan dagangan yang tersedia pada Olymp Trade MT4 :

Pelaksanaan pasaran—satu pesanan untuk membuka dagangan yang akan dilaksanakan secepat mungkin pada harga pasaran semasa.

Had Beli—sejenis pesanan belum selesai. Guna apabila anda mahu membeli aset pada harga yang lebih rendah daripada harga semasa.

Had Jual—pesanan belum selesai ini merupakan pesanan untuk menjual aset pada harga yang lebih tinggi daripada harga semasa.

Henti Beli—pesanan belum selesai untuk membeli aset pada harga yang lebih tinggi daripada harga semasa.

Henti Jual—pesanan untuk menjual aset pada harga yang lebih rendah daripada harga semasa.

Tidak seperti pesanan pasaran, pesanan belum selesai hanya berfungsi apabila harga aset mencapai sesuatu nilai yang ditentukan.

Sebagai contoh, anda mahu membeli emas (XAU/USD) jika harga emas menembusi tahap rintangan psikologi $1500.00 per auns. Katakan logam sekarang bernilai $1475.00. Dalam kes ini, ia lebih baik untuk menggunakan pesanan Henti Beli dan letakkan ia atas $1500.

Guna kekunci pantas F9 untuk memanggil tetingkap dagangan baharu.

Sudah tentu, anda boleh menyelia kedudukan anda secara berkesan menggunakan Hentikan Kerugian, Ambil Untung dan Henti Jejak dalam MT4.

Penasihat

MetaTrader 4 merupakan platform pertama yang membolehkan pedagang biasa untuk menggunakan robot dagangan sebenar (Penasihat Pakar). Penasihat Pakar merupakan algoritma yang menganalisis pasaran secara berterusan dan menyediakan cadangan dagangan. Anda juga boleh memberikan hak untuk berdagang, menutup atau menyelia dagangan anda—secara umum, untuk melakukan fungsi yang biasa dikawal seseorang.

Pembangunan robot memerlukan banyak tenaga. Namun seperti dalam kes penunjuk, anda boleh mencari penasihat dalam talian sedia ada, pada forum tematik dan laman sesawang. Sekurang-kurangnya anda boleh mencari sistem analisis asas berdasarkan beberapa pengayun yang boleh dipercayai dan kaedah analisis teknikal yang lain.

Ramai orang bermimpi untuk mempunyai robot yang menguntungkan, tetapi mana-mana strategi dagangan boleh gagal. Perkara yang boleh kita lakukan adalah untuk mencuba Penasihat Pakar sebelum guna. Itulah sebab MT4 mempunyai cubaan strategi istimewa.

Perkhidmatan ini akan menganalisis keberkesanan Penasihat Pakar menggunakan data sejarah, mengambil kira parameter yang anda tetapkan sebelum pelancaran (seperti susutan baik atau saiz kedudukan.)

Harap maklum bahawa mana-mana Penasihat Pakar mempunyai kekuatan dan kelemahan. Sebagai contoh, Purata Bergerak terbina dalam (jangan keliru dengan penunjuk) mungkin akan berfungsi dengan baik apabila trend baharu muncul, walaupun ia akan sukar untuk mendapat untung daripada menggunakan alat ini apabila pasaran tidak berubah.

Penasihat Pakar Purata Bergerak membuka kedudukan apabila garisan SMA pecah dan tutup sekiranya terdapat persimpangan pembalikan pada penunjuk asas garisan isyarat. Secara umum, konsep ini ialah pembangunan berdasarkan trend, yang lebih baik digunakan apabila berdagang aset tidak menentu disebabkan trend lebih kuat.

Mencuba strategi ini membantu pedagang mengenal pasti kelemahan ketara: algoritma kedudukan penutup dengan keuntungan adalah tidak cekap. Atas sebab ini, jika anda memilih Penasihat Pakar ini, kami mencadangkan anda memasang aplikasi mudah alih serta-merta. Ia akan membolehkan anda untuk menetapkan keuntungan dari mana-mana sahaja di dunia yang anda boleh sambung ke Internet. Jangan lupa untuk mengikut kaedah analisis lain untuk menyemak.

Ciri-ciri Pelbagai Platform

Kelebihan penuh MT4 hanya tersedia dalam versi terminal untuk Windows atau komputer peribadi jenis Mac OS. Namun, anda akan menemui segala yang anda perlukan untuk berdagang dalam laman sesawang dan aplikasi mudah alih.

Anda boleh mendapatkan pautan untuk versi berbeza platform pada akaun dagangan anda .

Sebagai contoh, versi laman sesawang mempunyai 31 penunjuk dan lebih daripada 20 alat grafik (Kaedah Fibonacci, Gann, Elliot). Anda juga boleh menyesuaikan parameter carta dengan mengubah jenis dan komponen warna. Pilihan sama tersedia dalam aplikasi mudah alih.

Ciri-ciri yang dinyatakan di atas menjadikan terminal MT4 alat yang diperlukan. Komponen analitik MT4 akan membantu anda untuk lebih memahami pasaran, menjejak trend atau bacaan penunjuk jumlah aset yang besar sekali gus. Jika anda mahu cemerlang dalam kaedah perdagangan atau meningkatkan profesionalisme anda, MetaTrader 4 mempunyai segala yang anda perlukan.

Kekal bersama Olymp Trade!

Kemas Kini Global Aplikasi Olymp Trade

Aplikasi Android Olymp Trade dikemas kini tersedia di Google Play

Ratusan ribu pedagang di seluruh dunia menggunakan aplikasi mudah alih Olymp Trade. Penambahbaikan prestasi dan kefungsian aplikasi adalah sangat penting bagi pasukan kami.

Hari ini, kami bersedia untuk mengeluarkan kemas kini global untuk peranti Android. Walaupun anda belum pernah menggunakan telefon pintar atau tablet untuk perdagangan, kini tiba masanya anda memuat turun aplikasi Olymp Trade rasmi dan melangkah ke dunia perdagangan mudah alih.

Dalam artikel ini, kami akan memberitahu anda tentang kelebihan jelas kemas kini ini.

Susun atur mendatar

Tiada susun atur mendatar dalam versi lama aplikasi. Sesetengah pengguna tidak selesa kerana mereka hanya boleh melihat sebahagian daripada sejarah aset dan perlu menatal sepanjang carta untuk menganalisis harga dengan teliti atau meningkatkan rangka masa.

Kami memenuhi permintaan anda. Kemas kini terkini aplikasi menambah susun atur mendatar untuk menjadikan penggunaan alatan analisis teknikal lebih selesa, Pada masa yang sama, menu syarat perdagangan tidak kehilangan fungsinya.

Paling berguna untuk analisis teknikal

Untuk berfungsi sepenuhnya dengan tahap sokongan dan rintangan, trend dan corak, seseorang pedagang perlu mahir alatan grafik berbeza. Versi baharu Aplikasi Android Olymp Trade membolehkan penggunanya mengakses garis mendatar, tegak dan trend.

Ingat kembali bahawa strategi analisis teknikal adalah berdasarkan kajian untuk corak visual. Jadi, penggunaan tanda mendatar dan garis trend akan membantu anda memahami trend dengan lebih baik.

Carta serba baharu

Cuba sahaja! Carta kami bukan sahaja nampak lebih baik sekarang, tetapi ia juga menjadi lebih produktif. Untuk menjalankannya, kami bertukar kepada OpenGL 3.0. Tetapi anda hanya boleh menggunakan versi pelayar platform perdagangan sekiranya peranti anda tidak menyokongnya (API disokong oleh semua peranti yang dikeluarkan sepanjang 10 tahun lalu).

Ketahui cara berdagang menggunakan telefon pintar

Aplikasi Olymp Trade mempunyai kursus dan petua latihan terbina dalam daripada perkhidmatan StocksUp. Muat turun versi baharu dan dapatkan semua yang anda perlukan untuk permulaan yang bagus dalam menggunakan telefon pintar atau tablet anda untuk perdagangan serta-merta! Kini anda boleh melupakan carian dalam talian yang tidak berguna untuk mendapatkan maklumat berharga.

Dan yang paling penting … Penasihat!

Kami berbesar hati mengumumkan bahawa aplikasi kami telah dikemas kini dengan fungsi Penasihat Pakar. Adakah anda terkejut? Tiada robot perdagangan, anda yang membuat keputusan untuk membuka dagangan. Walau bagaimanapun, pembantu automatik akan menggesa anda apabila anda boleh melakukannya.

Setiap Penasihat Pakar mempunyai strategi perdagangan terbina dalam. Lelaran pertama mempunyai sistem berasakan penunjuk seperti SMA, MACD, Parabolic SAR, Awesome Oscillator dan Aligator.

“Purata Bergerak”. Ia merupakan strategi asas yang digunakan oleh generasi pedagang. Anda tidak memerlukan apa-apa tambahan—hanya dua SMA dengan tempoh berbeza. SMA pertama lebih lancar, yang kedua lebih tajam. Persilangan kedua-dua ini memberi anda isyarat untuk membuka dagangan.

Profesional MACD. Pedagang menerima isyarat apabila semua syarat yang diperlukan untuk MACD, EMA dan Parabolic SAR dipenuhi. Strategi ini popular dengan pedagang berpengalaman.

“Renungan pemangsa”. Berdasarkan penunjuk Aligator dan Awesome Oscillator, strategi ini membantu pedagang menentukan permulaan trend baharu.

Ada lagi?

  1. Penapis aset telah ditambah. Kini lebih mudah untuk mencari peralatan tertentu atau mengisih kategori berbeza.
  1. Tetapan penunjuk kekal tidak berubah apabila anda menukar kepada rangka masa atau aset yang berbeza. Ini memudahkan proses perdagangan untuk mereka yang lebih suka menggunakan strategi yang sama pada pelbagai aset.
  1. Alat bar penunjuk telah ditambah baik. Proses memilih dan menetapkan penunjuk menjadi lebih mudah dan oscillator (RSI, Stochastic Oscillator) telah dipisahkan.

Anda boleh menggunakan platform perdagangan mudah alih kami untuk membuat perdagangan dalam talian pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja anda suka. Muat turun Aplikasi Android Olymp Trade versi kemas kini sekarang!

Peringkat broker opsi biner:
Penghasilan di Internet
Tinggalkan Balasan

;-) :| :x :twisted: :smile: :shock: :sad: :roll: :razz: :oops: :o :mrgreen: :lol: :idea: :grin: :evil: :cry: :cool: :arrow: :???: :?: :!: